KUALA LUMPUR, 16 Jul (UdaBayas) – Menu-menu makanan menarik serta budaya dari 13 buah negeri di Malaysia dihimpunkan di Dewan Tun Razak I, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari pukul 11.00 pagi hingga 3.00 petang ini untuk 50000 pengunjung.

Sejak pukul 10.00 pagi tadi ribuan pengunjung dari pelbagai kaum telah berkumpul bagi menghadiri majlis ini. Setiap negeri akan menyediakan juadah tradisional mereka misalnya Johor menyediakan Mi Bandung, Nasi Dagang dari Terengganu dana pam Johol dari Negeri Sembilan.

Selain makanan yang enak dan unik, pengunjung juga berpeluang bertemu pemimpin-pemimpin tertinggi negara di Rumah Terbuka UMNO 2017 ini.

-RDL