KUALA LUMPUR (Udabayas) – IMFeD Malaysia, ialah sebuah program pertumbuhan kanak-kanak, pemberian makanan dan pemakanan oleh Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) dengan kerjasama Abbott Malaysia.

Seperti yang anda ketahui, kebanyakan kanak-kanak Malaysia membesar secara normal. Bagaimanapun, baru-baru ini Kaji Selidik Kesihatan & Morbiditi Kebangsaan melaporkan beberapa fakta yang membimbangkan:

• Kadar prevalens kanak-kanak yang terbantut (rendah untuk usianya) meningkat daripada 17% pada tahun 2006 kepada 20.7% pada 2016 (iaitu kira-kira 2 dalam 10 kanak-kanak)
• Kanak-kanak yang kurang berat badan meningkat daripada 12.9% pada tahun 2006 kepada 13.7% pada 2016 (lebih daripada 1 dalam 10 kanak-kanak)

Masalah pertumbuhan seperti ini bukan saja di kalangan keluarga miskin, malah dihadapi juga oleh keluarga yang berpendapatan tinggi. Malangnya, ibu bapa sering terlepas tanda-tandapertumbuhan terbantut, dan hanya menyedari akan masalah ini apabila anak-anak mereka gagal mencapai potensi pertumbuhan mereka dan mempunyai risiko kesihatan, perkembangan dan psikososial.

MPA mendapati masalah ini adalah perkara yang serius tetapi ianya boleh dicegah. Justeru, MPA memutuskan untuk mengadakan kempen kaunseling dan pemeriksaan tumbesaran kanak-kanak yang pertama di seluruh negara dikenali sebagai Kempen IMFeD Malaysia – ‘Get Growth On Track’. Lebih kurang 150 orang doktor dilatih dan bahan-bahan pendidikan dipaparkan di klinik-klinik yang menyertai kempen ini.

Untuk bulan-bulan yang akan datang, pakar pediatrik di seluruh negara akan menilai status pertumbuhan kanak-kanak dengan memeriksa ukuran berat dan ketinggian mereka daripada carta pertumbuhan. Pakar kanak-kanak juga akan menasihati ibu bapa kanak-kanak berisiko untuk pertumbuhan yang kurang baik (misalnya berat badan dan peningkatan ketinggian yang kurang baik, pengambilan pemakanan yang tidak mencukupi, cerewet makan, sakit dengan kerap, dan masalah perkembangan).

MPA ingin menjemput semua ibu bapa di Malaysia yang mempunyai kanak-kanak berumur 1 hingga 5 tahun untuk mendapat manfaat daripada kempen ini.