Laporan/ foto: Ismael Idris / Pai Syahira (Pahang)

PEKAN, 11 Mac (Udabayas)  –  Hampir 500 orang memeriahkan Program ‘Dental Fun Fair’ bersempena Pesta Ria Pergigian Daerah Pekan di Arena Mahkota anjuran Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Pekan.

Pemeriksaan gig secara percuma kepada warga Pekan.

Program ini mempromosikan perkhidmatan kesihatan pergigian bertujuan untuk mendidik dan menyalurkan maklumat mengenai kesihatan pergigian kepada orang ramai di samping menyalurkan informasi pergigian dalam usaha membentuk generasi sifar karies.

Program ini telah dirasmikan oleh Dr Rohana Abu Kasim, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Pahang (Pergigian).

Beliau berkata “Program ini bertujuan melaksanakan aktiviti promosi secara besar-besaran dengan konsep yang lebih mesra kepada setiap lapisan masyarakat. Dental FunFair atau Pesta Ria Pergigian ini mengaplikasikan pendekatan yang ceria, interaktif, menarik, berwarna-warni dan memberikan ganjaran sebagai tarikan kepada setiap pengunjung yang datang ke program ini.”

Beliau berkongsi bahawa kesihatan mulut secara amnya dan pergigian secara khasnya merupakan nikmat yang tidak ternilai dalam kehidupan dan seringkali penjagaan kesihatan mulut diabaikan.

Aktiviti derma darah diselia oleh Hospital Pekan.

Pelbagai acara dan permainan yang disediakan seperti perkhidmatan derma darah, pemeriksaan saringan kesihatan dan pemeriksaan gigi percuma.

Bertemakan “Say Ahhh Act on Mouth Health”, Pesta Ria Pergigian Daerah Pekan 2019 ini diadakan bersempena dengan Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2019.

Hadir sama Dr. Intan Syafinaz Khalid, Pegawai Kesihatan Pergigian Daerah Pekan, Dr. Norli Fadilah, Pengarah Hospital Pekan dan  wakil Yang Dipertua Majlis Daerah Pekan.

-N