Laporan/foto: Ariza Mohamed Zaki / Nurazreen Abd Rahman (Seberang Perai Utara) 

KEPALA BATAS, 15 Mac (Udabayas) – Seorang agen yang membuka sebuah perniagaan pakej perlancongan murah… yang dikenali ‘Popo’ telah diberkas oleh Polis melibatkan penipuan pakej perlancongan kepada 16 orang mangsanya dan membabitkan kerugian hampir RM51, 800.

Perintah reman telah dikeluarkan oleh Mahkamah Seksyen Butterworth dan suspek kini dikenakan sebanyak 18 pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Suspek yang berusia 27, bujang yang tinggal di Tasek Gelugor telah menjalankan perniagaan pelancongan samada dalam negeri dan juga ke luar negara dengan harga tiket penerbangan yang murah seperti ke Korea, Jepun, Melbourne dan Kalcutta, India dengan harga serendah RM599 termasuk caj bagasi. Suspek yang menggunakan akaun laman sosial Facebook sebagai mempromosi pakej pelancongannya kini didapati telah ditutup dan tidak aktif sejak pertengahan 2018.

Mangsa Penipuan Tiket Pelancongan Murah, Puan Salmah Osman, 29 Tahun

Mangsa Puan Salmah Osman, 29tahun berkata, “Beliau tertarik dengan iklan yang dipamerkan melalui medium sosial Facebook yang diiklankan dan terus menghubungi syarikat tersebut setelah memeriksa pendaftaran syarikat tersebut sah dan tidak mengelirukan.” Beliau yang membuat tempahan tiket kapal terbang ke Sabah, terkejut apabila tiba-tiba status Facebook syarikat tersebut mengumumkan tidak lagi mampu untuk membeli tiket kapal terbang kerana syarikat tersebut mempunyai masalah serius kewangan syarikat. Ujarnya lagi beliau cuba menghubungi agen syarikat terbabit namun tiada jawapan.

Berikut itu, beliau merasakan telah ditipu oleh syarikat terbabit dan membuat laporan polis keesokkan harinya dan terkejut berjumpa ramai orang yang menjadi mangsa membuat laporan polis yang sama.Beliau yang bekerja sebagai akauntan bernasib baik kerana bukti pembayaran hampir RM6, 000 yang diserahkan kepada syarikat terbabit dapat dicetak semula dan menjadi bahan bukti pembayaran pakej perlancongan tersebut. 

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah Seberang Prai Utara, ACP Tuan Haji Noorzainy telah mengesahkan kes tersebut dalam Pejabat Media yang diadakan di Ibu Pejabat Daerah Kepala Batas pada pukul 11.00pagi ini.Beliau menasihati kepada orang ramai tidak supaya mudah mempercayai tawaran pakej pelancongan murah kerana pastinya ada sesuatu tidak kena dengan pakej tawaran murah tersebut yang akhirnya akan menjerat diri sendiri.