Pelapor dan Foto : Che N dan Azree

RAUB, 16 April (UdaBayas) – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) merupakan sebuah agensi kerajaan yang bernaung di bawah Jabatan Perdana Menteri. Melaksanakan tugas menyelamat, perlindungan dan perkhidmatan kemanusiaan dari sebarang ancaman musuh, bencana dan kecemasan adalah antara tugas agensi tersebut.

APM juga turut melaksanakan aktiviti bantuan kemanusiaan khususnya kepada masyarakat yang ditimpa bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya. Satu Majlis Penyerahan Wang Ihsan Bencana Banjir Daerah Raub telah berlangsung di Pejabat Penghulu Mukim Semantan Ulu merupakan antara agenda APM dalam membantu masyarakat yang dalam kesusahan akibat bencana banjir yang berlaku pada awal tahun ini.

Datuk Abdul Aziz Haji Mat Kiram, Leftenan Kolonel Kehormat APM Daerah Raub dalam ucapannya menyatakan,” Agensi-agensi kerajaan tidak pernah mengabaikan atau membiarkan masyarakat ditimpa kesusahan semasa bencana berlaku. Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sentiasa prihatin dan cakna terhadap kebajikan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa”.

Seramai 58 orang penerima bantuan wang ihsan bencana banjir dalam majlis tersebut yang dikenalpasti oleh APM Raub, yang bertindak sebagai Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.