Laporan/ foto: Norazura Abdul Latif (Melaka Tengah)

Melaka, 29 Nov (Udabayas) – Seramai 95 usahawan menerima bantuan melalui Program Business Grant yang bertempat di Melaka Mall , Ayer Keroh baru – baru ini.

Melalui kerjasama kerajaan negeri Melaka dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) peruntukan sebanyak RM285 ribu telah diberikan kepada usahawan  yang telah berjaya dalam temuduga yang dijalankan oleh SSM.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan Negeri Melaka, Mohd Rafiq Naizamohideen berkata kerajaan negeri berharap bantuan ini dapat digunakan sebaiknya dalam membantu kehidupan seharian kepada usahawan yang telah berjaya.

“Cara yang terbaik untuk merangsang ekonomi negeri adalah dengan mengalakkan rakyat menceburi bidang perniagaan dan sebagai inisiatif yang berkesan adalah sentiasa menyokong langkah para usahawan ini,” ujar beliau lagi.

Bantuan yang diterima adalah berbentuk baucar peralatan bernilai RM3,000. Turut hadir Pengarah SSM Negeri Melaka, Azrin Mohd Ripin.

-N