Laporan, Foto dan Video: Pradeeb K V (Putrajaya)

PUCHONG, 14 Mac (UdaBayas) – Shanmugam Kaliya Perumal, atau lebih mesra dikenali sebagai Shan menyatakan bahawa kini beliau berasa penuh semangat dan bersedia menghadapi apa sahaja cabaran dunia pertanian dan peternakan sehingga menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Shan yang telah membuka ladang penternakannya  secara rasmi  semalam di Kampung Pulau Meranti Tambahan, Puchong turut menyatakan bahawa usaha yang berterusan diperlukan untuk berkecimpungan dalam industri sebegini.

“Golongan muda perlu fokus kepada aspek-aspek ilmu peternakan, veterina, kebersihan dan pengurusan perniagaan bukan hanya berfokus kepada keuntungan atau kewanggan sahaja” tambah beliau ketika crew UdaBayas menemu ramah beliau petang semalam.

Pada masa yang sama Dato Seri Saravanan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, dan juga Pengasas Yayasan  NAAM, berkata “ generasi muda dan belia perlu melihat sektor pertanian dan penternakan sebagai sebuah industri yang boleh memberi pulangan yang menguntungkan, malah boleh menjadikan anda jutawan”.

Tambahnya lagi, “namun, usaha yang berterusan, kesabaran dalam perniagaan, cekal dan disipilin yang tinggi amat perlu dalam mencapai kejayaan dalam sebarang kerjaya kita pilih”.

Saudara Shan telah memulakan perniagaan penternakan ayam bermula dengan 400 ekor ayam dan dijangkan dalam masa 2 bulan sudah mula edarkan kepada para peniaga dan pasaran. Beliau juga merakamkan ribuan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yayasan Naam atas pelbagai bantuan diberikan dalam memulakan perniagaannya.

Ladang penternakan ayam tersebut dinamakan Al Sha Chicken Village Farm itu telah dirasmikan oleh Datuk Seri M. Saravanan,Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang juga menyatakan bahawa Yayasan NAAM sentiasa bersedia untuk memberi sebarang khidmat nasihat, kursus dan informasi berhubung sebarang aktiviti keusahawanan kepada semua masyarakat Malaysia, khususnya golongan belia dan muda.