Laporan/foto: Farhani bt Ismail (Seberang Perai Selatan)

JAWI, 14 Apr (Udabayas) – Majlis Perundingan Belia Negara Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang telah diadakan pada 13 April 2019 bertempat di D’Jawi Bella Hotel, Seberang Perai Selatan. Sebanyak 40 agensi kerajaan, swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) peringkat Daerah Seberang Perai Selatan telah hadir untuk menerima Watikah Perlantikan bagi sesi 2019/2020.

Ucapan dasar oleh Pengerusi Majlis Perundingan Belia Negara peringkat Daerah Seberang Perai Selatan

Menurut Pengerusi Majlis Perundingan Belia daerah, Tuan Yazman Yahya yang juga merupakan Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan, objektif penubuhan Majlis Perundingan ini adalah merupakan satu forum tahunan yang dianggotai pemimpin-pemimpin pertubuhan belia dan agensi kerajaan di peringkat daerah. Perbincangan merangkumi isu-isu yang berkaitan masalah belia di Peringkat daerah. Antara yang menjadi keutamaan adalah membentuk belia yang berintegriti dan berdaya saing.

Terdapat 10 usul yang telah dibawa oleh gabungan Persatuan Belia Peringkat Daerah untuk dibahaskan. Antara usul yang dibawa adalah berkaitan peluang belajar yang lebih dalam bidang kemahiran, kajian kadar gaji yang lebih tinggi untuk lepasan SPM dan diploma, perlindungan menjadi mangsa ‘Scammer’,

Encik Liinesh Sellvandan (dua dari kiri) ketika membentangkan usul

penglibatan belia dalam bidang kepimpinan demi membentuk pewaris negara yang mampan dan kawalan dalam permainan video yang berunsur keganasan.

Menurut En. Liinesh Sellvandan, Pengerusi Majlis Kelab Bell Tamil Jawi beliau amat berharap setiap pertubuhan belia dapat memberi komitmen yang tinggi dan berusaha sedaya mungkin untuk memastikan tiada belia yang ketinggalan atau tercicir dalam bidang pendidikan samada akademik ataupun kemahiran. Semoga setiap langkah dan usaha ini akan memberi manafaat kepada kepada golongan belia khususnya dan seterusnya memberi impak kepada kepada negara.