Laporan/foto: Noor Suraya bt Zainal (Timur Laut)

GEORGETOWN 13 Apr (UdaBayas) – Zaman globalisasi  dan anjakan paradigma  dalam menghadapi  cabaran globalisasi siber hari ini memberi kesan terhadap pembanggunan masyarakat khusunya golongan belia.

Golongan belia ini seharusnya di beri peluang untuk menerokai dan menguasai  ilmu pengetahuan agar ia  mencetus perubahan kempipinan negara  yang lebih menguasai ilmu pengetahuan dalam pembentukan yang cermerlang dan berjaya tak kira bangsa mahupun agama.

Ketua Menteri menyempurnakan Majlis Perasmian(APBN) serta merasmikan Majlis tersebut

Ketua Menteri,YAB Tuan Chow Kon Yeow berkata dengan ketinggian jati diri,akhlak dan budi pekerti,golongan belia bukan sahaja sangat penting dalam pembanggunan negara malah juga bagi menjamin kesejahteraan serta perpaduan rakyat pada masa akan datang.

Fonomena ini bukan sahaja berlaku di negara ini, malah juga di negara-negara maju seperti Britain,Australia,Kanada dan Amarika Syarikat.

Ia merupakan harapan baru buat golongan belia menghasilkan dan merialisasikan pengaruh  untuk menjadi penggerak pembanggunan negara,sekali gus meletakkan golongan belia berada di barisan hadapan negara

Selain itu, membuktikan bawaha Kerajaan Negeri sememangnya amat komited dalam merialisasikan dan berusaha untuk menggalakan lebih banyak penyertaan semua rakyat khususnya  golongan belia.

Menurut beliau lagi, perancangan Kerajaan Negeri dan pembanggunan sentiasa akan berlandaskan holistik dan Inklusif dengan nilai kekeluargaan bukan sahaja menjurus terhadap peningkat kualiti kehidupan.