Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

KUCHING, 11 Mac (Udabayas) – “Hari ini bersara esok saya balik Kuala Lumpur kerana saya perlu memikul tanggungjawab saya untuk menjaga ibu-bapa saya yang sudah tua dan selalu uzur,”

Sejak 40 tahun saya tidak berpeluang menjaga ibu-bapa saya kerana kekangan kerja sebagai penjawat awam, selama itu juga la tempoh perkhidmatan saya sebagai penjawat awam, jelasnya Saipullah pada Majlis persaraan dan perpindahan beliau  bertempat di Impiana House, Tingkat 1, Matang baru-baru ini.

Saifullah berucap semasa majlis persaraan dan perpindahan, bertempat di Impiana House

“umur bapa saya 80 tahun manakala umor emak saya 74 tahun kedua-dua mereka sekarang kurang sihat dan perlu di jaga setiap masa kerana sebelum ini adik-beradik lain yang menjaga dan ini lah giliran saya pula kerana saya sudah bersara”.

Saya tidak ada perancangan lain cuma nekad dan hasrat di hati saya tanggungjawab menjaga orang tua  mesti di pikul demi untuk membalas jasa baik mereka membesarkan dan menyekolahkan saya hingga saya berjaya,jelasnya

Walaupun kawan kata “Seronoklah kawan kita ni dah nak bersara”. Ya memang seronok kerana terasa lega melepaskan tanggungjawab dan akauntabiliti yang sangat berat dan mencabar selama ini namum ada lagi tugasan lain untuk saya.

Gambar kenang-kenangan bersama Abang Sardon(tengah) Saifulah (kanan) dan Zafuani (kiri)

Menurut Saipullah, beliau bertugas sebagai Pembantu Tadbir (P/O) di Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan (KPK) Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak sejak 1 Julai 2013 hingga sekarang dan bakal bersara pada bulan mei depan.

Sepanjang beliau sebagai penjawat awam pernah bertugas di Kementerian Pendidikan Malaysia (1979 hingga 1981), Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) 1981 hingga 2011) Jabatan Perdana Menteri (2011 hingga 2012 dan Jabatan Peneranagan Malaysia, Sarawak 2013 hingga 2019.

Antara tempat yang pernah beliau berkhidmat sebelum ini di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Wilayah Persekutuan Labuan, Pulau Pinang dan Sarawak.

Majlis persaraan beliau juga di hadiri Pengaran Penerangan Malaysia Sarawak, Abang Sardon Abang Hashim dalam ucapan beliau berkata “kami semua mengucapkan selamat bersara untuk Saifullah dan mendoakan semoga beliau beroleh ketenangan, sihat walafiat, murah rezeki dan di panjangkan umur untuk terus beribadat kepada Allah sebagai bekalan di akhirat nanti dan segala hasrat beliau untuk menjaga ibu-bapanya adalah tanggunjawab kita kepada orang tua kita”

“Persaraan adalah sesuatu yang pasti berlaku jika kita tidak dijemput Illahi terlebih awal atau jika kita tidak meletakkan jawatan. Namun biarlah kita meninggalkan pejabat dengan kenangan indah dan yang baik baik sahaja.” Ujar beliau.

Majlis ini turut meraikan  kakitangan KPK Puan Zafuani Ahmad yang akan bertukar ke Jabatan baru iaitu Kementerian Luar Bandar,Kota Samarahan