Oleh: Faizal M. / Foto: Roziman M.

LABUAN, 26 Okt (UdaBayas)– Delegasi Mesyuarat The Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Philippines East ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA) Joint Tourism Development Cluster kali ke-14 yang baru pertama kali ke Labuan berpeluang meninjau pelaburan dan pelancongan yang boleh dimanfaatkan antara dua wilayah atau negara anggota BIMP EAGA tersebut.

“Labuan kaya dengan produk berlatarbelakangkan sejarah Perang Dunia Kedua yang meninggalkan kenangan besar buat warganegara British, Australia dan Jepun yang akan melawat Labuan setiap tahun,” ujar Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli pada Program Petang Bersama Ahli Parlimen Labuan Bersama Delegasi Mesyuarat BIMP-EAGA Joint Tourism Development Cluster kali ke-14 di salah sebuah hotel di sini, Selasa malam.

Rozman bersama ketua delegasi.

“Tambahnya, dari sudut ekonomi, Labuan tampil dengan imej sebagai Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabanga (IBFC), hub halal, aktiviti melibatkan minyak dan gas serta pulau bebas cukai serta dengan status Wilayah Persekutuan, urusan pentabdiran di Labuan diletakkan secara terus dengan Kerajaan Persekutuan, Malaysia yang memudahkan urusan-urusan yang berkaitan.

“Kami masyararakat Labuan amat gembira menyambut kehadiran para delegasi berkunjung ke mari. Semoga kunjungan kali ini bukanlah kunjungan yang terakhir tetapi bakal menerbitkan kunjungan seterusnya sama ada untuk percutian, perniagaan, mahupun menyertai acara yang dianjurkan di Pulau Bebas Cukai ini,” katanya lagi.

Roziman juga optimis dengan pelantikan Under Secretary Madam Alma Rita D. Jimenez, daripada The Department of Tourism of The Philippines sebagai Pengerusi BIMP EAGA JTD Cluster yang baharu dan mengharapkan lebih banyak lagi kecemerlangan dapat diteruskan olehnya.

Mesyuarat BIMP-EAGA Joint Tourism Development Cluster kali ke-14 yang menjadikan Labuan sebagai tuan rumah telah bermula sejak kelmarin hingga semalam ini bermatlamat sebagai platform untuk mengembangkan aktiviti serta produk pelancongan di negara-negara anggota BIMP-EAGA tersebut.

Delegasi mesyuarat terdiri daripada seorang dari Brunei Darulsalam, 34 orang delegasi Malaysia, tujuh delegasi dari Filipina dan enam orang delegasi Indonesia.