Laporan/foto: Uraidah Zetti Binti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 30 Apr (UdaBayas) – Pertandingan Bowling telah berlangsung di U-Bowl Mesra Mall, Kemasik dan disertai oleh 14 pasukan yang melibatkan penyertaan seramai 60 pemain daripada 10 Klinik Kesihatan di Daerah Kemaman dan empat daripadanya dari ibu pejabat.

Menurut Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Chukai, Mazni Mat Pa, program ini diadakan bertujuan untuk membudayakan aktiviti sukan bagi meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan anggota Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Pemenang tempat pertama Klinik Kesihatan Batu 2 1/2.

“Selain itu, yang paling penting dapat mengurangkan stress anggota, mewujudkan silaturahim dan meningkat tahap kerja berpasukan dalam kalangan anggota. Ini menjadikan PKDK tempat yang seronok untuk bekerja,” jelasnya.

Sementara itu, pegawai yang mewakili Pegawai Kesihatan Daerah Kemaman, Nurul Huda Che Nordin berkata, program ini juga dapat merialisasikan matlamat jabatan dalam melahirkan anggota yang sihat cergas dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Kerja berpasukan di kalangan anggota amat penting untuk menjayakan program ini.

Dalam pertandingan ini, pasukan Klinik Kesihatan Batu 2 1/2 telah dinobatkan juara pertandingan, tempat kedua Klinik Kesihatan Kertih dan tempat ketiga Klinik Kesihatan Chukai.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Dr Nurul Huda Che Nordin yang mewakili pegawai kesihatan Daerah Kemaman.

EM