Laporan/foto: Muhammmad Fandy Azam (Melaka Tengah)

MELAKA, 1 Nov (Udabayas) – Program PCCM Fun Ride Offroad 2018 telah diadakan bertempat di Dewan Bunga Tanjung, Tanjung Minyak Melaka disini, baru-baru ini.

Program yang dirasmikan oleh Ahli Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput merangkap Pengerusi Jawatankuasa Program, Mohd Rafiq Naizamohideen telah menerima penyertaan seramai 650 peserta.

Menurut Mohd Rafiq, program ini telah dianjurkan bersama kerajaan negeri bagi memberi kesedaran kepada penduduk Negeri Melaka untuk menjaga kesihatan dan secara tidak langsung dapat mencegah diri daripada sebarang penyakit.

“Aktiviti mengayuh basikal mengelilingi kawasan Paya Rumput merupakan aktiviti yang menyihatkan disamping menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat untuk beriadah,” tambahnya.

Peserta program, Faizal Aeron, 27, berkata melalui program ini sedikit sebanyak dapat membantu terutamanya penduduk kawasan Paya Rumput untuk menjaga kesihatan mereka.

“Pelbagai aktiviti yang telah dilakukan kerajaan negeri untuk rakyat Negeri Melaka dan program ini harus diteruskan lagi,”ujarnya.

Program ini turut diselitkan denan persembahan artis jemputan, Joey Daud dan Watie Elite.

 

-n