Laporan / foto : Azmi Abd. Rahman (Kelantan)

KOTA BHARU, 10 Mac (Udabayas) -Pertandingan catur terbuka pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan, di Negeri Kelantan telah berlangsung pagi ini. Pertandingan berdurasi hampir 10 jam ini diadakan di Politeknik Kota Bharu, Kelantan.

Seramai 340 murid dari 28 sekolah menyertai pertandingan kali ini. Hadiah RM100, hamper dan sijil jadi rebutan para peserta.

Di samping itu, kalangan ibu bapa yang hadir berpendapat catur amat baik bagi mengasah minda pelajar supaya lebih tajam dan pintar dalam pembelajaran

Rodiah Mat Yusof, guru, 43, merupakan jurulatih catur SK Ketereh terpilih sebagai salah seorang urusetia program kali ini.

“Saya melihat permainan catur semakin diminati di kalangan pelajar sekolah. Saban tahun semakin ramai pelajar yang mengambil bahagian”. Ujar Rodiah.

“Sukan catur perlu dikembangkan lagi. Memandangkan ia mempunyai prospek yang amat cerah. Atletnya mungkin mampu membanggakan negara di persada antarabangsa suatu hari nanti.” ujarnya lagi kepada wartawan.