PUTRAJAYA, 5 Jan (UdaBayas) – Kerajaan sentiasa prihatin akan kebajikan Penjawat Awam dalam mendokong kemajuan negara. Maka itu, Gantian Cuti Rehat (GCR) yang boleh dikumpulkan oleh Penjawat Awam adalah kekal sebanyak 150 hari dan dibayar dengan wang tunai. Bayaran ini dijelaskan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 18 Tahun 2008.

Melalui SPP Bil. 2 Tahun 2017 iaitu mulai 1 Januari 2018, Kerajaan telah memutuskan bahawa jika cuti yang dikumpulkan bagi maksud ganjaran wang tunai melebihi 150 hari, maka cuti tersebut boleh dimohon untuk digunakan di tahun persaraan bagi maksud tertentu oleh Penjawat Awam.

GCR digunakan sebagai cuti rehat