Laporan/foto : Lizza Imelia M. Sulanah ( Seberang Perai Tengah)

MACHANG BUBOK, 22  Jan (Udabayas) – Satu program outreach di Machang Bubok  dilaksanakan  memberi pendedahan dan pendidikan   tentang bahaya demam denggi  kepada penduduk setempat hari ini.

Hadir sama ADUN kawasan Machang Bubuk Lee Khai Loon    Pejabat Kesihatan Seberang Perai Tengah yang diketuai oleh Dr Noor Farhana, Pegawai Kesihatan SPT (Epidemiology)  mengadakan  walkabout, edaran flyers dan taklimat ringkas  menggunakan pembesar suara  di Pasar Pagi Taman Machang Bubuk.

Pendidikan terus kepada orang awam oleh YB Lee Khai Loo bersama Pejabat Kesihatan SPT

Keadaan wabak denggi di kawasan Machang Bubuk semakin serius, terdapat 57 kes demam denggi dan 2 kes kematian telah dilaporkan dalam tempoh dua minggu  awal tahun ini.

Pelbagai usaha  dilakukan demi mempertingkatkan kesedaran penduduk untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes

Langkah-langkah pencegahan  yang disarankan oleh Pejabat Kesihatan SPT perlu dijalankan secara berterusan.

Menurut YB Khai Loon, tanggungjawab ini bukan tanggungjawab Pejabat Kesihatan semata-mata atau Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK) sahaja tetapi, penglibatan semua pihak seperti Rukun Tetangga (KRT), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) termasuk penduduk kawasan setempat khususnya Machang Bubok perlu mengambil berat tentang perkara ini.

“Ayuh sama-sama kita perangi denggi! Hapuskan denggi tanggungjawab bersama”. Katanya di sini baru-baru ini.