Pelapor & Foto: M. Azree & Emran I.

RAUB, 10 Jan (UdaBayas) – Selain durian Musang King yang amat popular di dalam dan luar negara, durian kampung juga masih lagi menjadi pilihan dalam kalangan penggemar raja buah tersebut. Warna dan rasa isi durian yang berlainan semakin mendapat sambutan yang tinggi dalam pasaran semasa.

Pada ketika ini, cuaca di Raub dalam keadaan tidak menentu telah menjejaskan pendapatan penduduk kampung yang bekerja sebagai penoreh getah. Namun, masyarakat masih lagi dapat menyara hidup dengan menjual hasil durian kampung. Dengan purata harga semasa RM15 sekilogram mengikut gred memberi pendapatan tambahan kepada penduduk kampung.

Peraih yang datang memborong durian

Kampung Orang Asli Satak, Kampung Resong, Kampung Kela dan kampung-kampung kecil yang berhampiran masih lagi rancak mengeluarkan buah durian kampung dan dijangka sehingga awal Februari.

Menurut peraih durian kampung yang ditemui semalam, Nor Azmi Mat Yatim berkata, seawal 6.00 pagi dia sudah sampai ke kampung untuk memborong buah dari kebun.

Begitu juga dengan Mohd Taufiq Zainal Abidin, dia menerima buah durian daripada orang kampung untuk dijual di pasaran.

Hasil tinjauan kami ke lokasi mendapati buah durian masih banyak dan dilihat begitu ramai peraih dari luar daerah Raub yang datang untuk memborong buah tersebut untuk dipasarkan di luar daerah Raub.