Laporan/foto: Azimee Abdulllah (Barat Daya)

BALIK PULAU, 15 Apr (Udabayas)  –  Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sungai Burung telah menganjurkan Fun Ride bertempat di Dewan MPKK Sungai Burung disini pagi tadi.

Acara Fun Ride ini mendapat penyertaan yang menggalakkan dengan penyertaan seramai 120 penunggang basikal dikalangan pelbagai persatuan pengayuh basikal dalam  kawasan Balik Pulau.

ADUN Pulau Betong bersama peserta Fun Ride

Menurut Mohd Tuah Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong semasa sesi taklimat dan pelepasan peserta. Para penunggang akan mengayuh basikal sejauh 30 kilometer dengan sebahagian laluan akan menempuh cabaran mendaki bukit seperti Jalan Titi Serong, Bukit Batu Hitam, Bukit Cengkih. Para penunggang diiringi anggota keselamatan seperti PDRM dan RELA untuk tujuan keselamatan.

Menurut Tuah Ismail acara Fun Ride yang dianjurkan bukan sahaja untuk meningkatkan stamina dan kesihatan diri malah dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama peserta yang terdiri dari pelbagai latarbelakang dan persatuan pengayuh basikal dalam kawasan Balik Pulau.