Laporan/ foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)

MELAKA, 27 Okt (Udabayas) – Program Kembara Kelab Malaysiaku terus mengorak langkah dengan memilih Parlimen Malaysia sebagai destinasi seterusnya.

Jabatan Penerangan Negeri Melaka telah mengambil inisiatif dengan menggabungkan dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Keroh dan SMK Munshi Abdullah dalam program tersebut.

Objektif penganjuran program ini adalah memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai sistem demokrasi berparlimen di Malaysia di samping memberi input berkaitan Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Peserta program, Faisal Ramli, 17, berkata lawatan ke Parlimen Malaysia ini adalah satu program yang dinantikan kerana ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan kepadanya sebagai seorang pelajar.

“Salah satu subjek tingkatan lima yang dipelajari adalah mengenai konsep berparlimen dan secara langsung lawatan ini dapat membantu dari segi pembelajaran tersebut,”ujarnya.

Program ini menghimpunkan seramai 80 orang pelajar berserta guru pengiring.

-N