Laporan/foto: Azfariza Ismail (Baling)

BALING, 15 Apr (UdaBayas) – Penyertaan kali pertama dalam Pertandingan Ratu Songkran membawa tuah kepada Vilawan apabila berjaya dimahkotakan Ratu Songkran 2019 Negeri Kedah pada hari ini.

Gadis manis berusia 20 tahun berasal dari Kampung Charok Nau, di sini melahirkan rasa terkejut apabila namanya diumumkan sebagai pemenang pertandingan tersebut semalam.

“Saya menyertai pertandingan ini sekadar suka-suka sahaja, lebih-lebih lagi pertandingan ini diadakan di tempat saya”.

“Saya amat terkejut dan terharu apabila diumumkan sebagai pemenang dengan mengalahkan enam orang lagi peserta peringkat akhir yang datang dari seluruh negeri Kedah” ujar penuntut Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang ini.

Sementara itu, peserta dari Kampung Titi Akar, Pendang, Meyying, 20, telah terpilih sebagai ratu popular, yang juga merupakan penyandang tempat kedua pertandingan ini.

Sambutan Pesta Songkran 2019 Peringkat Negeri Kedah telah berlangsung di Wat Srimahapro, Kampung  Simpang Empat, di sini.