Laporan/foto : Lizza Imelia M. Sulanah (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 2 Jan (UdaBayas)  – Program Back To School edisi Bukit Mertajam telah diadakan di Kompleks Perniagaan Peladang yang memfokuskan golongan B40 di Cherok Tokkun.

Program anjuran PPBM Cawangan Cherok Tokkun ini telah dihadiri oleh Jawatankuasa Tertinggi  PPBM Pulau Pinang dan Ketua Cawangan PPBM Bukit Mertajam.

Majlis Perasmian  telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Aziz Zainal Abidin; Wakil Perhubungan PPBM Negeri Pulau Pinang.

Sumbangan yang berupa pakaian sekolah lengkap beserta kasut, beg dan alat tulis diberikan kepada 20 pelajar miskin sekitar Cherok Tokkun.

Puan Norhayati Sudin bersama anaknya Noor Hidayah Johari antara penerima sumbangan Back To School 2019.

Menurut salah seorang penerima; Puan Norhayati Sudin, 35   seorang surirumah amat berbesar hati menerima sumbangan bagi meringankan beban beliau dan suami serta  menyuntik semangat anak mereka untuk ke sekolah bagi sesi 2019.

Beliau yang mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah merasakan sedikit terbeban dengan kos sara hidup masakini. Lebih-lebih lagi pendapatan beliau dan suami adalah dalam anggaran RM1,200.00 sebulan.

Beliau turut gembira dengan perkhabaran mengenai  Bantaun Awal Persekolahan (BAP) oleh kerajaan sebanyak RM100 yang diberikan secara berperingkat.

BAP yang diperuntukkan sebanyak 328 juta oleh kerajaan bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan sekolah pada awal tahun yang ditanggung ibubapa dan penjaga.

Semasa majlis perkongsian turut dimaklumkan kriteria penerimaan Bantuan Awal Persekolahan adalah warganegara Malaysia, bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) atau Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), layak untuk murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setataf dengannya di sesi persekolahan tahun 2019 dan murid dalam kalangan isi rumah berpendapatan bulanan kasar RM3000 dan ke bawah.

-ER