Laporan dan Foto: Syahira Y.

KUANTAN, 31 Jul (Udabayas) – “Tanggungjawab sosial masyarakat bukan sahaja melaui wang ringgit, bahkan dengan menghulurkan tenaga serta keringat kepada mereka yang memerlukan”.

Demikian luah sukarelawan bagi Program Minggu Sukarelawan Komuniti Zurich, Mohd Faisal Ikbar, 24 ketika ditemui semasa program gotong-royong membersihkan kebun Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) Cahaya Nilam Balok pada Jumaat.

Sumbangan

Menurut Ketua Operasi Pengurusan Zurich takaful Kuantan, Jihan Mohd Burhanudin, program julung kali ini diadakan dapat mendekatkan konsultan bersama masyarakat mendapat penyertaan seramai 30 ejen dan badan bukan kerajaan lain.

“Antara aktiviti yang diadakan ialah membersihkan kebun, menggembur tanah membina batas, memotong rumput dan mencuci longkang.

“Selain itu, majlis penyampaian sumbangan turut dan diserikan dengan persembahan menghiburkan istimewa buat pelatih Orang Kelainan Upaya (OKU),” jelasnya.

Persembahan istimewa

Sementara itu, menurut Pengerusi JKKK Kampong Balok, Mansor Mokhtar, program seumpama ini bagus dan patut menjadi contoh kepada komuniti dan diharapkan ramai lagi pihak luar tampil menabur bakti kepada golongan yang memerlukan khususnya OKU.

Dalam pada itu, usaha untuk melebarkan bantuan sukarelawan kepada masyarat pada masa akan datang diteruskan oleh kakitangan Zurich Takaful Malaysia Berhad (ZTMB) sebagai projek sepanjang tahun.