Laporan/foto: Muhammad Syafiq Razi (Putrajaya)

KUALA NERANG, 13 Apr (UdaBayas) – Gabungan kerjasama antara Pejabat Penerangan Daerah Padang Terap dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung (Kg.) Baru Padang Cenderai menerusi program Santai Minda bukan sahaja mengeratkan hubungan masyarakat setempat malah mengelakkan penyakit berbahaya seperti denggi dan serangan binatang berbisa.

Penduduk Kampung sepakat untuk membersihkan dewan orang ramai di kampung tersebut yang telah lama terbiar.

Setiausaha MPKK Kg. Padang Cenderai, Kharul Nizam Zakaria, 40, melahirkan rasa kesal kerana dewan ini baharu dua tahun dibina tetapi sudah tidak terurus dan dibiarkan usang.

“Syukur berkat kesepakatan penduduk setempat membersih dewan ini, ikatan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat semakin subur dan akrab serta dewan kembali bersih.

“Selepas ini masyarakat setempat boleh menggunakan dewan ini dengan pelbagai tujuan dan aktiviti,” ujarnya dengan penuh semangat.