Laporan/Foto : Nur Rezwane Md Zabidi/ Salawati Mat Shariff

POKOK SENA, 14 Apr (Udabayas) – Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(SMKA) Al-Irshad hari ni mengadakan Hari Keusahawanan 2019. Program ini memberi peluang kepada seluruh warga sekolah terutamanya para pelajar  untuk mengembangkan bakat masing-masing dalam bidang perniagaan.

Terdapat hampir 30 gerai jualan yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Selain itu juga terdapat jualan lain seperti barang kosmetik, barang kesihatan, pakaian dan tidak ketinggalan Mobile Kiosk PMR Jabatan Penerangan yang mengedarkan bahan penerbitan secara percuma   sebagainya.

Antara gerai jualan yang diusahakan oleh pelajar

Selain dari jualan terdapat juga acara-acara lain yang berlangsung seperti persembahan qasidah, menyalakan unggun api, pemeriksaan mata percuma dan sebagainya.Kehadiran pengunjung dianggarkan seramai 500 orang.

Mohd Fatahi, pelajar tingkatan 4 yang menjual pelbagai jenis air minuman berasa sangat teruja dengan sambutan orang ramai disamping dapat menambah pendapatan selain memberi pengalaman berniaga untuknya.

Program seperti ini perlu diteruskan dari masa ke semasa bagi memberi pendedahan kepada pelajar yang minat untuk menceburi bidang perniagaan.