Laporan/foto:Ariza M. Zaki(Seberang Perai Utara)

BAGAN AJAM, 20 Jan (UdaBayas) – Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara (SPU) hari ini mengeluarkan dan memerintahkan kepada pemilik kilang memproses biji kopi untuk menutup dan membersihkan bahagian simpanan tong kopi kerana didapati tahap kebersihan kilang berkenaan tidak memuaskan dan tidak mematuhi aspek kebersihan yang ditetapkan. 

Pemeriksaan Oleh Pegawai Kesihatan

Notis 14 hari yang diberikan kepada kilang tersebut, menyebabkan operasi kilang tersebut diarahkan menghentikan operasinya serta merta dan pemilik kilang perlu memastikan segala pembersihan di kawasan kilang terbabit memenuhi standard yang dikehendaki oleh Jabatan  Kesihatan Negeri sebelum  dibenarkan beroperasi semula. 

Selain itu juga disebabkan  tidak menepati piawaian pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) yang di keluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM)  sijil pentauliahan berkenaan turut digantung sehingga pematuhan dilaksanakan. Pihak kilang berkenaan perlu memohon semula daripada pihak KKM  untuk mendapatkan status MeSTI tersebut. Begitu juga dengan status pensijilan Halal yang turut  ditarik oleh Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang. 

Di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983,Kementerian Kesihatan Malaysia pemilik kilang tersebut dikehendaki memperbaiki kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti supaya keadaan kilang/premis berada dalam keadaan bersih dan suci yang tidak lagi mendatangkan bahaya kepada orang ramai. 

Kegagalan mematuhi perintah tersebut, merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan dan  jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih dari 5 tahun atau denda atau kedua-duanya di bawah Seksyen sama.