Laporan/foto: Nurazreen Bt Abd Rahman/Ariza Bt Mohamed Zaki (Seberang Perai Utara)

 

Kepala Batas, 5 Jan (UdaBayas) – Unit Bergerak Siaraya Jabatan Penerangan Malaysia masih kekal relevan walaupun dilanda arus peralihan penyebaran maklumat pada abad ke 21.

Perkembangan pesat media sosial seperti aplikasi whatApps, Facebook, twitter, instagram dan lain-lain dalam penyebaran maklumat namun penyebaran maklumat melalui Unit Bergerak Siaraya Jabatan Penerangan masih di perlukan oleh jabatan dan agensi kerajaan dalam membantu menyalurkan maklumat secara terus kepada masyarakat.

Fungsi Unit Bergerak Jabatan Penerangan telah digariskan di dalam surat rasmi arahan jabatan bertarikh 20 Mei 1946 (Department Instruction No. 2). Di antara fungsi unit ini ialah memberi penerangan dan nasihat yang sebenar kepada orang ramai.

Fungsi kedua pula ialah membina perhubungan baik di antara orang ramai dan kerajaan serta berkerjasama dengan pegawai-pegawai tempatan.

Beroperasi dari dalam unit bergerak

Selain itu, ia berfungsi dalam menjalin hubungan baik di antara orang ramai dengan pihak Jabatan serta mendapatkan maklum balas dari orang ramai berkaitan kerajaan.

Dalam usaha menyebarkan maklumat agar sampai kepada semua lapisan masyarakat, Daerah Seberang Perai Utara dan Pejabat Kesihatan Daerah masih memerlukan khidmat Unit Bergerak Siaraya Jabatan Penerangan dalam membuat hebahan berkaitan dengan isu-isu kesihatan dan wabak penyakit seperti wabak demam denggi, membantu kempen kesihatan seperti pemakluman mengenai larangan merokok di kedai-kedai makan dan tempat awam dan lain-lain isu yang berkaitan. Selain dari itu juga,unit bergerak siaraya juga pernah digunakan sewaktu pilihanraya umum atau kecil oleh Pejabat Tanah dan Daerah untuk menggerakkan orang ramai untuk keluar mengundi.

Walaupun terdapat penyebaran kempen melalui  media sosial, poster dan penyedaran risalah, keberkesanan perkhidmatan unit ini dilihat dapat membantu menjayakan kempen-kempen berkenaan.

Keberkesanan penyampaian maklumat pada masyarakat boleh dilihat dengan keupayaan Unit-unit  Bergerak ini untuk masuk ke taman- taman perumahan, kampung-kampung malahan ke kawasan pedalaman yang tidak mempunyai akses kepada Internet ataupun bekalan elektrik kerana unit siaraya bergerak mampu berfungsi dengan bekalan elektrik daripada unit itu sendiri.

Penyampaian maklumat dapat dilakukan secara terus kepada masyarakat dengan menggunakan sistem siaraya  yang ada pada unit bergerak Jabatan Penerangan yang tidak terdapat pada agensi jabatan kerajaan yang lain.