Laporan: Asmidar Z. / Foto:  Abdullah S.

KOTA KINABALU, 13 Dis (UdaBayas) – Hubungan diplomatik Jepun dan Malaysia yang kini mencapai ulang tahun ke-60 akan terus diperkukuh demi kepentingan kedua-dua negara.

Dalam tempoh tersebut, Jepun merupakan rakan pelabur terbesar kepada Malaysia termasuk dalam bidang kejuruteraan, pemindahan teknologi, pertukaran pelajar, automatif, perdagangan antarabangsa dan sebagainya.

Meraikan hubungan erat tersebut, Duta Jepun ke Malaysia, Dr.Makio Miyagawa mengadakan majlis yang dihadiri Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastuktur Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan di sini, sempena Majlis Hari Jadi Maharaja Akihito ke-84, pada Isnin malam.

Pada majlis tersebut, Pairin yang mewakili Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman turut diperkenalkan dengan kakitangan kedutaan, bersama Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Masidi Manjun dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Dr Johnson Tee.