Laporan/foto:Ariza M. Zaki (Seberang Perai Utara)

KEPALA BATAS, 7 Feb (UdaBayas) – Akibat berani menjual mercun dan bunga api, 2 orang peniaga telah diberkas oleh pihak polis di 2 lokasi berbeza iaitu di kawasan Raja Uda dan Bagan Ajam, Butterworth.

Sidang Media oleh Ketua Polis Daerah SPU

OCPD Haji Noorzainy Mohd Noor berkata, ‘Kedua-dua suspek telah ditahan reman di lokap selama 7 hari dan hasil soal siasat didapati suspek telah menyimpan stok seawal 2 bulan sebelum hari perayaan Tahun Baru Cina dan mendapat stok bekalan mercun dan bunga api dari negara jiran iaitu Thailand,.’

Ujarnya lagi, Pihak Polis mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah yang lampau dan telah menjual mercun dan bunga api kepada pemborong-pemborong dan orang ramai di sekitar Butterworth dan Mak Mandin. Anggaran nilai rampasan mercun dan bunga api adalah RM100, 000 dan dipercayai jumlah yang tertinggi di negeri Pulau Pinang.

Rampasan bernilai anggaran RM100, 000 di daerah SPU

Polis Diraja Malaysia(PDRM) turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membeli, menjual, memiliki atau bermain mercun dan bunga api yang tidak dibenarkan bagi mengelakkan dari berlakunya kejadian tidak diingini seperti kebakaran, kecederaan dan sebagainya yang akhirnya akan menyusahkan banyak pihak. Jika diberkas oleh PDRM, pesalah boleh dikenakan tindakkan mengikut Seksyen 7 dan 8,Akta Bahan Letupan 1958(Akta 207), dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara 7 tahun atau denda RM10, 000 atau kedua-duanya sekali.