Laporan/foto: Noor Azian Saad (Kota Setar) FB Polis Kedah

ALOR SETAR, 21 Apr (UdaBayas) – Nisfu Syaaban merupakan hari ke-15 dalam bulan Syaaban mengikut kalendar Hijrah dan malam tersebut merupakan malam yang penuh keberkatan buat penganut agama Islam.

Sempena sambutan tersebut, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kedah telah menganjurkan Program Penghayatan Islam Sempena Nisfu Syaaban 1440h bertempat di Masjid Jamek Nur Fadzilat, Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Kedah, di sini malam tadi.

Majlis tersebut dimulakan dengan solat maghrib berjemaah diikuti bacaan Yasin yang dipimpin Ustaz Che Amir dan Ustaz Ahmad dari JIPS, IPK Kedah.

Bacaan Yasin tersebut bertujuan memohon dipanjangkan umur dan istiqomah dalam melakukan ibadah, diperluaskan pintu rezeki yang halal dan memohon ditetapkan iman.