Oleh : Pradeeb Kumar Velayutham
PUTRAJAYA, 19 Jun (UdaBayas) – Lebih kurang 2000 bubur lambuk diedarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Presint 7, Putrajaya kepada pelbagai warga agensi kerajaan setempat petang tadi.
Penyediaan bubur lambuk tersebut dimasak secara bergotong-royong oleh warga Bomba. Presint 7 menunjukkan semangat pasukkan yang tinggi.
Pada masa yang sama Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Wira Wan Mohd. Nor Ibrahim memberi nasihat dan peringatan kepada semua masyarakat Malaysia akan keselamatan rumah serta jalanraya perlu diberi perhatian pada musim balik kampung ini.
PK