Laporan/ foto : Ramasamy Amas (Jempol)

JEMPOL, 30 Jan (Udabayas) – Majlis Pengisytiharan Majllis Perbandaran Jempol telah diadalam di hadapan Bangunan Majlis Perbandaran Jempol, semalam. Ketika menyampaikan ucapannya, Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata Jempol menepati  tujuh kriteria  untuk dinaik taraf sebagai Majlis Perbandaran antaranya ialah kepadatan penduduk tidak kurang 150,000 orang,  mempunyai pendapatan daripada sumber kewangan yang mampan  dengan hasil tahunan tidak kurang daripada RM20 juta, mempunyai kegiatan perindustrian, perniagaan, pelancongan dan perumahan utama, keupayaan menyediakan ruang dan peluang kepada para peniaga disamping menggalakkan pertumbuhan aktiviti pelaburan, perniagaan dan komersial. Disamping itu, Jempol juga mempunyai kemudahan infrastruktur yang baik dan persekitaran yang baik, mempunyai program yang boleh menggalakkan pembangunan komuniti dan akhir sekali Jempol merupakan Bandar Utama atau Pusat Pentadbiran Daerah.

Persembahan Pelbagai Kebudayaan.

Tambah beliau, kawasan operasi utama Majlis Daerah Jempol adalah di Bandar Bahau, Bandar Seri Jempol, Pekan Rompin, Pekan Batu Kikir, Pekan Air Hitam dan Pusat Bandar Palong 4, 5 dan 6.

Aminuddin berkata, Majlis Daerah Jempol merupakan Pihak Berkuasa Tempatan ke-4 di Negeri Sembilan yang diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran selepas Majlis Perbandaran Seremban, Majlis Perbandaran Port Dickson dan Majlis Perbandaran Nilai.

Menurut beliau lagi, Pengisytiharan Majlis Perbandaran ini terhasil daripada komitmen Kerajaan Negeri dan juga warga Majlis Daerah Jempol bagi memastikan Daerah Jempol dirancang pembangunannya secara holistik.

Antara Ahli-Ahli Majlis dan Exco yang hadir

Majlis Pengisytiharan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Turut berkenan berangkat Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan dan Tunku Besar Seri Menanti.

Majlis penuh warna- warni itu dihadiri ribuan penduduk warga Jempol termasuk ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri Sembilan dan Mantan Yang Dipertua Majlis Daerah Jempol. Majlis diserikan lagi dengan pelbagai persembahan yang menarik daripada Jabatan Kebudayan dan Kesenian Negeri Sembilan dan artis-artis undangan seperti M. Nasir, Datuk Jeffri Din dan artis Negeri FM dan Montaz Pembanguan Daerah Jempol.

-n