Laporan/foto: Norhayani Hashim/Mohd Hairul Bakar (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 1 Mei (UdaBayas) – Jabatan Kerja Raya (JKR) memandang berat isu kerosakan jalan raya yang boleh mengundang bencana kepada pengguna dengan menanda sendiri jalan dan mengecat semula lengkok yang telah pudar.

Menurut Exco Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerja Raya Zamri Yusuf, selain melaksanakan program-program mereka sendiri pihak JKR juga memikul tanggungjawab menguruskan projek-projek oleh lain-lain kementerian.

“JKR akan terus membina jalan raya yang selamat digunakan oleh orang ramai, apabila pihak kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta keseluruhan di peringkat kebangsaan bagi menyelenggara jalan raya di negara ini,” katanya ketika merasmikan Program Hari Bertemu Pelanggan dan Kempen Jalan Selamat Negeri Kedah 2019, di sini semalam.

Zamri turut menyerahkan topi keledar kepada beberapa orang penunggang motosikal yang melalui jalan Taman Kristal.