Laporan/foto: Norhayani Hashim (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 27 Okt (UdaBayas) – Melalui program Karnival KRT ini para anggota Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Kuala Muda dapat mempamerkan jualan dan menjadikan ianya sebagai platform untuk semarakkan jualan mereka.

Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul, karnival yang diadakan ini merupakan cetusan idea oleh Jawatankuasa KRT Daerah Kuala Muda pada tahun lepas dan dilaksanakan pada tahun ini.

Sebahagian daripada orang ramai yang hadir.

“Melalui program ini para anggota KRT dapat mempromosikan segala program yang telah dijalankan di kawasan masing-masing dan dijadikan ilham untuk KRT yang lain,” katanya semasa merasmikan Karnival Rukun Tetangga Daerah Kuala Muda, di sini semalam.

Program yang diadakan bermula 25 hingga 29 Oktober 2018 di Kawasan Lapang Taman Ria Jaya Sungai Petani merupakan himpunan 117 Kawasan Rukun Tetangga Daerah Kuala Muda iaitu bilangan Rukun Tetangga yang paling banyak di negeri Kedah.

Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Permuafakatan Kawasan Rukun Tetangga (JPKRT) dengan kerjasama Pejabat Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Daerah Kuala Muafakat (PERPADUAN).

Turut hadir Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kedah, Rohai Zahar Nedi.