Laporan/foto: Sapar Sutir (Rembau) / Norhayati Shamsu Anuar

REMBAU, 30 Okt (Udabayas) –Warga belia terutamanya pelajar-pelajar sekolah merupakan aset penting bagi negara yang bakal menerajui pentadbiran serta kepimpinan negara suatu hari kelak.

Pelajar memasak makanan untuk jamuan tengahari.

Demikian mesej yang ingin disampaikan oleh Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abdul Ghani dalam ucapan perasmian penutup Kem Aspirasi Pelajar Kelab Malaysiaku di Kem Biro Tata Negara (BTN) Ulu Sepri, Rembau tengahari tadi.

“Penerapan nilai-nilai murni perlu diberi perhatian dan memastikan mereka mengetahui tanggungjawab sebagai anak dan rakyat Malaysia,”  ujarnya.

“Bagi membentuk jati diri yang mantap dalam kalangan generasi belia, kita perlu meneruskan penganjuran aktiviti bermanafaat. Semangat kerja sama satu kumpulan semasa latihan selama tiga hari dua malam yang bermula pada 28 Oktober yang lalu, diharapkan dapat diamalkan semasa pelajar-pelajar berada di sekolah untuk sama-sama membantu kecemerlangan sekolah,”  tambahnya lagi.

Sementara itu, menurut Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, Sabarudin Yeop Hamza, “Setiap aktiviti yang dijalankan dalam kem tersebut dilihat berupaya membentuk personaliti diri dalam kalangan pelajar-pelajar berkenaan selain melatih mereka berfikiran lebih matang untuk bertindak sebagai seorang ketua atau pemimpin berkredibiliti tinggi dalam menyelesaikan tugasan serta amanah yang diberikan”.

Kem Aspirasi Kelab Malaysiaku Peringkat Negeri Sembilan 2018 disertai seramai 98 orang pelajar serta guru-guru pengiring dan juga Jurulatih dari BTN Ulu Sepri Rembau. Program ini telah berlangsung selama 3 hari.

-N