Laporan/ foto: Ramasamay Amas (Jempol)

JEMPOL, 2 Jan (Udabayas) – Sepasang kembar, P.Agelya dan Akash  melangkah ke tahun satu sesi persekolahan tahun 2019 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJK(T)) Ladang Senama. Kedua-dua kembar ini sangat teruja dan ceria memasuki tahun satu kerana dapat bertemu rakan-rakan baru di sekolah.

Guru Besar SJK(T) Ladang Senama bersama Pelajar Tahun 1.

Menurut Guru Besar SJK (T) Ladang Senama, Safina Abdullah,  seramai  19 pelajar baru  termasuk sepasang kembar ke tahun satu telah mendaftar  berbanding 12 belajar bagi  tahun 2018.  “Saya terpaksa hadkan jumlah pendaftaran pelajar baru kerana menghadapi masalah ruang bilik darjah,” ujarnya.

Kebanyakan pelajar baru yang berdaftar adalah dari kalangan masyarakat setempat dan dari Sri Rompin.

Beliau berkata, “Tahun ini pelajar tahun satu tidak banyak menghadapi masalah kerana mereka telah dididik ketika di prasekolah. Walaupun mereka baru melangkah ke tahun satu, ada dalam kalangan pelajar petah bercakap, membaca, menulis dan hasil ini adalah usaha dan bimbingan daripada guru prasekolah dan ibu bapa.”  Oleh itu, beliau menyarankan agar semua ibu bapa menghantar anak mereka ke prasekolah sebelum mereka ini melangkah ke alam persekolahan yang sebenar untuk menyesuaikan diri.

Guru Besar SJK(T) Dato’ K.Pathmanaban (bertali leher) bersama Pelajar Tahun 1.

Beliau juga yakin dan percaya, sekolah ini mampu meningkatkan  prestasi cemerlang dalam Peperikasaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ke 95% berbanding 89% pada tahun 2018.

Sementara itu Guru Besar SJK(T) Dato’ K.Pathmanaban, Bharathidasan pula berkata, “Seramai 16 pelajar baru berdaftrar sehingga pagi tadi berbanding 12 pelajar tahun lalu, angka tersebut mungkin akan meningkat minggu ini,” katanya.

“Terdapat 8 buah SRJK (T) di DUN Jeram  Padang dan ke semua sekolah tersebut  ada peningkatan pendaftaran  pelajar tahun satu berbanding 127 pelajar  pada tahun 2018 dan angka rasmi akan diketahui selewat-lewat akhir minggu ini.”

Menurut seorang bapa, R.Krishan, 64, kerajaan perlu mengutamakan Dasar Sistem Pendidikan Holistik dan Komperhensif, sejajar dengan pembangunan pendidikan dunia supaya dapat melahirkan modal insan yang berkualiti setaraf dengan pendidikan-pendidikan negara maju.

 

-N