Laporan/foto: Sharifah Ithnin (Melaka Tengah)

MELAKA, 27 Okt (Udabayas) – Kembara Kelab Malaysiaku telah mengadakan lawatan ke Muzium Diraja Negara sebagai salah satu lokasi kembara minda kepada pelajar-pelajar.

Melalui kerjasama dengan Jabatan Penerangan Negeri Melaka, program ini lebih bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan sistem beraja di Malaysia.

Menurut peserta program, Mohd Azam Zainudin, 16 , lawatan yang dianjurkan ini mampu menambahkan pengetahuannya berkaitan  khazanah dan peralatan kebesaran diraja yang wujud di Malaysia ini.

“Selama ini, alat kebesaran diraja hanya mampu dilihat di kaca televisyen sahaja, namun kini ianya dapat dilihat di depan mata apabila terlibat dalam program sebegini,”tambahnya.

Selain itu, lawatan ke muzium ini juga memberi peluang kepada para pelajar untuk melihat lebih dekat keadaan sebenar dan susun atur di dalam istana memandangkan ia sebelum ini didiami oleh kerabat di raja dan kini istana negara telah pun berpindah ke Jalan Duta.

Program ini menggabungkan dua buah Kelab Malaysiaku, SMK Ayer Keroh dan SMK Munshi Abdullah.

-N