Laporan/foto: Fasharina Kholil/Perpustakaan Awam Sik (Sik)

SIK, 13 Feb (UdaBayas) – Kempen Galakan Membaca anjuran Perpustakaan Awam Sik serta Perpustakaan Desa daerah Sik memperluaskan lagi kempen galakan membaca ke peringkat akar umbi.

Pembantu Pustakawan Roslinda Ramli, kempen ini merupakan salah satu khidmat masyarakat bersama komuniti dalam usaha menarik minat orang ramai tanpa mengira latar usia agar minat membaca.

“Pelbagai aktiviti disediakan untuk pelajar-pelajar terlibat termasuklah kuiz serta pertandingan mewarna. Selain daripada kempen membaca, kami turut menjalankan kempen penambahan ahli perpustakaan kepada orang ramai yang hadir,” jelasnya yang ditemui ketika Program Perpustakaan Bersama Komuniti di Sekolah Kebangsaan Kota Bukit, di sini kelmarin.

Roslinda turut menambah, program ini juga bertujuan bagi membentuk masyarakat berilmu serta membudayakan amalan membaca.

“Kita sedia maklum, di setiap sekolah ada menyediakan perpustakaan untuk kemudahan pelajar namu begitu, ia salah satu usaha kami bagi mendekatkan institusi perpustakaan kepada orang ramai khususnya generasi muda,” tambahnya.