Laporan/foto: Ariza Mohamed Zaki / Zanizal Bin Zamani (Seberang Perai Utara)

BAGAN, 13 Mac (Udabayas) – Empat lelaki yang berusia antara 23 tahun hingga 42 tahun telah ditangkap oleh Polis Diraja Malaysia melalui Ops Lejang pada 12 Mac 2019 yang membawa penemuan kepada tempat bengkel kereta. Bengkel berkenaan terlibat dalam kes meleraikan komponen kenderaan untuk dijual dengan harga mengikut pasaran dalam kondisi skrap dan lebih murah.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, ACP Tuan Noorzainy memaklumkan bahawa, tindakkan menubuhkan pasukan penyiasat D9 dilakukan setelah menerima laporan dari mangsa seorang lelaki berbangsa Melayu yang kejadiannya berlaku pada 5 Mac 2019 jam 3.00pagi di kawasan RNR BORR, Bagan Ajam. Mangsa membuat laporan polis memberitahu bahawa baru berkenalan dengan suspek 3 hari  sebelum kejadian melalui media sosial. Semasa kejadian mangsa telah keluar bersama suspek  dengan membawa kereta Perodua Myvi dan berhenti seketika di RNR BORR  untuk ke tandas. Setelah mangsa keluar dari tandas mendapati kereta dan suspek telah tiada dan mensyaki telah dicuri dengan  segala dokumen yang terdapat dalam kereta tersebut.

Sidang Media berkenan kes tersebut di IPD Seberang Perai Utara

Siasatan polis telah menemui sebuah bengkel kereta yang didalamnya terdapat sebuah kereta model Perodua Myvi yang telah dipotong dan dileraikan komponennya dan beberapa barangan lain seperti 2 buah beg, 1jam tangan, 2 unit powerbank, 1 telefon dan 1 keping kertas cukai jalan yang didaftarkan atas nombor kenderaan kereta yang di laporkan hilang. Polis telah mendapatkan perintah tahanan reman kesemua suspek daripada Majistret Mahkamah Butterworth  dan kes akan disiasat dibawah Seksyen 379A,Kanun Keseksaan. Hasil soal siasat awal  Polis juga, kesemua suspek mengaku terlibat dalam kes curi kenderaan dan meleraikan komponen kenderaan tersebut.

Alat pemotong besi jenis gas yang telah digunakan untuk meleraikan kenderaan

“Pihak Polis sekali lagi mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak mudah mempercayai orang yang baru dikenali terutama melalui aplikasi media sosial kerana setiap penjenayah mempunyai teknik untuk mendapatkan kepercayaan pemangsa yang akhirnya akan menyebabkan kerugian besar “ujar Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara sebelum mengakhiri taklimat beliau di Pusat Media IPD Kepala Batas.