Laporan/foto : U.Prakash (Timur Laut)

 George Town, 13 Mac (Udabayas) – Penyalahgunaan dadah sering kali menunjukan peningkat dan  Tahap kesedaran dan perasaan tanggungjawab dalam kalangan komuniti di Negara ini dalam memerangi dadah perlu diperkasa bagi membolehkan musuh nombor satu Negara itu dibanteras daripada terus membelenggu rakyat di Negara ini.

Ketua AADK Daerah Timur Laut, Tuan Hafizi Yahya menyampaikan sijil kepada penaja bagi menjayakan Program Walk Away From Dadah

Ketua Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Timur Laut, Tuan Hafizi Yahya berkata, adalah penting bagi komuniti di Negara ini untuk bekerjasama dengan pelbagai agensi terutamanya AADK bagi memerangi dadah dalam kalangan komuniti mereka sendiri.

Dengan kesedaraan pentingnya kefahan masyarakat terutamanay belia dalam risiko dan kesan penyalah gunaa dadah, Program “Walk Away From Dadah” telah dianjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga Pangsapuri Pelangi Macallum dengan kerjasama AADK Daerah Timur Laut, perasmian telah disempurkan oleh Daniel Gooi  Zi Sen, Adun Pengkalan Kota.

emeriksaan kesihatan daripada Kospen

Program ini dihadiri seramai 150 orang dari pelbagai lapisan masyarakat dan turut diadakan aktiviti bertemu masyarakat seperti pameran AADK, Pemeriksaan Kesihatan Kospen, Tarian Senaman Zumba dan Pertandingan mewarna kanak-kanak sempena banteras Dadah dan diakhiri dengan jamuan makan dan cabutan bertuah.