Laporan & Foto: Norhaniza

KANGAR, (UdaBayas) 28 Jun – Kemeriahan Aidlifitri masih dirasai walaupun sudah lebih daripada sepuluh hari berlalu. Ini dibuktikan dengan konsep kunjung – mengunjung dan rumah terbuka masih diadakan.

Makanan tradisi seperti ketupat dan lemang masih menjadi pilihan para pelanggan. Ini dibuktikan dengan kehadiran gerai jualan yang menjual juadah ini.

Menurut Hasnifazlina Hassan, 33, beliau adalah salah seorang peniaga ketupat dan lemang di Seriab, Kangar. Selain ketupat dan lemang beliau juga menjual lemang periuk kera, serunding daging, ayam, ikan dan rendang daging. “Berdasarkan pendapatan yang saya dperolehi pada seminggu selepas hari raya adalah dianggarkan RM4000″, katanya.

“ Walaupun Aidilfitri telah berlalu, ketupat dan lemang tetap menjadi pilihan ramai, lebih menyeronokkan lagi, ketupat ini menjadi pilihan utama kepada pelanggan. Ketupat dan lemang yang dihasilkan adalah hasil air tangan ibunya yang menjadi kegemaran ramai”, jelasnya lagi.

Menurut seorang pelanggan, Manirah Abdullah, 24,berkata, “ketupat dan lemang di sini menjadi kegemarannya dan keluarga pada setiap tahun walaupun Aidilfitri telah berlalu. Harga ketupat dan lemang di sini amat berpatutan”.

Pak Din, 50, peniaga Lemang Pandan di Behor Temak berkata, “saya memulakan perniagaan selama setahun dengan hasil pendapatan sebanyak RM500 sehari. Pada musim hujan,  kadangkala jualan lemang saya berkurangan dan hasil yang diperolehi adalah RM300 sehari”.