Laporan/foto: Mohd Hairul Bakar/Mohd Firdaus Mahmud (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 18 Apr (UdaBayas) – Sebuah kilang memproses barangan lusuh terbakar pukul 4 pagi tadi dan disedari pekerja kilang tersebut.

Api telah berjaya dikawal meskipun terdapat bahagian kilang yang masih terbakar.

Menurut anggota bomba yang bertugas Mohd Shukri Abdul Hamid api berjaya dikawal pada pukul 10 pagi dengan kekuatan 15 jentera bomba dan penyelamat serta 76 anggota.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan siasatan masih lagi dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Sehingga kini Jabatan Alam Sekitar masih membuat pemantauan menyeluruh bagi mengelak sebarang kesan kepada penduduk sekitar.