Laporan/Foto: Nurazreen Bt Abd Rahman (Seberang Perai Utara)

 

Kepala Batas, 3 Jan (Udabayas) – Sebuah kilang kitar semula barangan plastik di Jalan Kampung Baru, Kubang Menerong  musnah terbakar  5 petang semalam.

,Ketua  Balai Bomba dan Penyelamat Tasek Gelugor, Ahmad Muhaimin Bin Abdul Manaf berkata kebakaran kilang tersebut itu dilaporkan kepada pihaknya pada 5.50 petang.

Beberapa jentera bomba dan bomba sukarela bersama-sama dalam memadamkan kebakaran

“Lapan jentera daripada Jabatan Bomba dan 15 jentera bomba sukarela bersama 107 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Tasek Gelugor, Kepala Batas, Bertam, Bandar Perda dan Perai termasuk 60 bomba sukarelawan bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata sehingga jam 8  malam tadi, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya oleh pihak bomba.

Menurutnya, tiada kecederaan dilaporkan dan punca sebenar kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.