Laporan/foto : S.Shanmuganathan (Timur Laut)

GEORGETOWN, 14 Apr (Udabayas) – Hari Vaisakhi merupakan salah satu perayaan utama kaum Sikh. Hari Vaisakhi di sambut pada 14 April setiap tahun bagi memperingati kelahiran ‘ Khalsa’ dan menandakan permulaan musim menuai mengikut kalendar masyarakat Sikh.

Persiapan Makanan Di Langar Atau Dapur Untuk Pengunjung Gurdwara

Sambutan ini telah di sambut dengan penuh ceria di rumah ibadat  Gurdwara, Jalan Gurdwara di sini , hari ini, Palvin Kaur Kerpal Singh 42, berkata Vaisakhi adalah sambutan perayaan yang menggabungkan unsur  keagamaan dan kebudayaan  di sambut selama 3 hari dan rata – rata kebanyakan masa di habiskan di Gurdwara.Pada hari Vaisakhi kaum sikh akan ke Gurdwara untuk bersembahyang.Pelbagai tarian tradisional, persembahan muzik, persembahan Bangra, kesenian budaya Punjabi  dijalankan untuk mengeratkan silaturahim dan mempamerkan keunikan kaum Sikh.

Pelbagai Makanan Manis Tradisional Sempena Hari Vaisakhi

Budaya ‘ Langar’ atau dapur tempat mengidang juga turut disediakan  yang memberi makanan percuma kepada pengunjung Gurdwara dan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira agama dan kaum , ujar Palvin Kaur lagi