Laporan dan foto : M. Syukri / M. Fauzi A. (Kemaman)

KEMAMAN, 9 Jan (UdaBayas) – Sebanyak 12 buah kampung dikunjungi skuad Konvoi Ziarah Kasih Pasca Banjir yang dianjurkan Pemuda UMNO Bahagian Kemaman dalam menghulurkan bantuan kepada penduduk terjejas banjir baru-baru ini.

Seramai 25 ahli jawatankuasa mengambil bahagian dalam konvoi ini yang diketuai sendiri ketua pemudanya Ahmad Fikry Ibrahim.

Antara penerima sumbangan Konvoi Ziarah Kasih.

Antara kampung terlibat, Kampung (Kg.) Pengkalan Pandan, Kg. Pulau Tempurung, Kg. Binjai, Kg. Pasir Gajah, Kg. Seberang Tayor Hulu, dan Felda Seberang Tayor. Kampung-kampung ini antara yang terjejas semasa banjir.

Antara barang-barang yang disumbangan kepada penerima terdiri daripada keperluan dapur seperti beras, gula, susu, teh, dan lain-lain lagi yang disumbangkan Biro Kebajikan UMNO.

Dalam pada itu, skuad khas bencana Pemuda Kemaman seramai 100 orang juga diletakkan dalam keadaan siap siaga kerana musim tengkujuh dijangka belum berakhir sepenuhnya.