Laporan & Foto Oleh : Mohd Zahid Bin Othman & Mohd Najib Bin Mohaini (Johor Bahru)

 

PASIR GUDANG, 1 Jan (UdaBayas) – Tun Mahathir diingatkan agar tidak mencari publisiti murahan dengan mempersoalkan pembangunan projek Forest City di negeri Johor sedangkan Kerajaan Johor sentiasa berusaha mensejahterakan rakyatnya dalam pelbagai aspek.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, sepatutnya Tun Mahathir ambil contoh usaha yang diambil oleh Kerajaan Johor seperti mempertingkatkan pembangunan untuk masyarakat Islam di Johor yang meliputi 60 peratus dari rakyatnya.

“Kenapa Tun Mahathir menghala perhatian dan fokusnya kepada pembangunan di tanah seluas 0.01 peratus dari seluruh negeri Johor? Buatlah macam Kerajaan Johor seperti merangka agenda memperkuatkan masyarakat Islam di Johor.

Jadi, janganlah terpengaruh dengan agenda 0.01 itu sedangkan Kerajaan Johor memikirkan lebih dari itu,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Sekolah Agama Kerajaan Johor Fasa 5, SAKJ Bandar Seri Alam 2 di sini.

Tambah Khaled lagi, negeri Johor tidak mempunyai sumber asli yang besar dan berharga seperti negeri lain. Negeri Johor tidak mempunyai hasil minyak, gas dan tidak lagi menggalakkan kerja pembalakan untuk menjana ekonominya.

“Jadi, Kerajaan Johor membangunkan yang kecil itu (pembangunan Forest City) untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi negeri Johor kerana jika tiada berlakunya pertumbuhan ekonomi, kemajuan tidak boleh dibawa kepada rakyat. Kita tidak boleh bina lagi sekolah agama dengan banyak.

Tun Mahathir tala (kritik) Forest City, dia tidak membantu, dia tidak faham Johor.” jelasnya lagi.

-MRR