Laporan/foto: Azimee Abdulllah (Barat Daya)

BAYAN LEPAS, 15 Apr (Udabayas) – Pusat Khidmat Ahli Parlimen Balik Pulau dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Teluk Kumbar telah menganjurkan Pertandingan Nasyid Perdana Piala Ahli Parlimen Balik Pulau bertempat di Dewan PERDA Teluk Kumbar disini malam semalam.

Sebanyak 7 kumpulan nasyid  telah mendaftar untuk bertanding pada pertandingan Nasyid yang julung kali dianjurkan itu.Pertandingan yang bermula pada jam 9.00 malam itu memperlihatkan  semua kumpulan membuat persembahan hebat dan saingan yang sengit.

Persembahan kumpulan nasyid Nahdan yang dianggotai oleh tujuh anak muda telah berjaya menambat hati juri. Mereka berjaya membawa pulang sebuah Piala dan hadiah wang tunai sebanyak RM500 ringgit.

Persembahan kumpulan Nahdan

Menurut Mohd Syammir Mohd Ghani, ketua kumpulan Nasyid Nahdan mereka hanya membuat latihan hanya seminggu sahaja untuk menyertai pertandingan ini dan berpuas hati dengan persembahan dan kemenangan pada malam   ini.

Tempat kedua telah dimenangi oleh kumpulan Nasyid Zimran dengan hadiah wang tunai RM300 manakala tempat ketiga kumpulan Nasyid An Nur Nisa RM200. Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan Nasyid pada malam itu adalah Roshidi Roslan,pegawai khas mewakili Ahli  Parlimen Balik Pulau.