Laporan/foto:Ariza Bin Mohamed Zaki (Seberang Prai Utara)

PINANG TUNGGAL, 29 Apr (Udabayas) – Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Prai Utara dengan kerjasama Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1,Pulau Pinang mengadakan satu aktiviti gaya hidup sihat untuk masyarakat di sekitar sini dengan dikenali sebagai ‘Larian Bendang Khaira Ummah Daerah Seberang Prai Utara 2019’. Bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Kailan, program dimulakan seawal jam 7.00pagi dengan acara senamrobik sebelum memulakan aktiviti larian.

Lebih kurang 500 orang peserta telah mendaftarkan diri untuk aktiviti larian tersebut dan Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’Ir Ahmad Zakiyuddin¬† Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1.

Antara peserta yang menyertai Larian Bendang Khaira Ummah Daerah Seberang Perai Utara

Dalam ucapanya beliau menyeru kepada semua masyarakat Pulau Pinang supaya bersama-sama menjayakan wawasan 2030 negeri Pulau Pinang. Selain itu, menekan aspek kesihatan bagi memastikan kesihatan penduduk Pulau Pinang berada pada tahap yang terbaik. Ujarnya lagi, selain menyertai aktiviti seperti ini, orang ramai juga perlu membuat pemeriksaan di hospital-hospital dan klinik untuk mengenal pasti tahap kesihatan diri masing-masing.

Larian Bendang Khaira Ummah ini melibatkan laluan sejauh 7.8 kilometer. Pelepasan peserta dilakukan oleh Timbalan Ketua Menteri 1.

En. Mohd Rizal, 39 tahun antara peserta yang menyertai Larian Bendang Khaira Ummah peringkat Daerah Seberang Perai Utara

Bagi Encik Mohd Rizal, 39 tahun yang bekerja sebagai Pembantu Makmal di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Selamat berkata,aktiviti seperti ini memang menyeronokkan kerana selain dari boleh mengeluarkan peluh badan, akviti ini dapat memberikan ketenangan fikiran dengan melihat suasana di sekeliling  terutamanya diawal pagi. Beliau juga berharap pgram sihat seperti ini diteruskan pada masa akan datang.