Laporan/foto: Mohd Hairul Bakar/Zatul Iffah Wahab (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 10 Feb (UdaBayas) – Lebih 10,000 pengunjung pelbagai kaum hadir menyaksikan pelbagai acara menarik disediakan sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2019 Peringkat Negeri Kedah di River Front City, di sini kelmarin.

Program dimeriahkan dengan keberangkatan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Arif yang sudi mencemar duli.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam ucapannya mengingatkan agar seluruh rakyat negeri ini untuk terus mengerat dan mengukuhkan perpaduan demi masa depan negara.

Turut hadir bersama Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, exco-exco kerajaan negeri dan ahli parlimen serta ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri Kedah.