Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad/Jaed Tepus (Sarawak)

KUCHING, 18 Jan (UdaBayas) – Tuan Yang terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak (TYT), Tun Abdul Taib Mahmud bersama isteri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib  berkenan menghadiri Majlis Magrib, Doa Isyak dan Tahlil untuk Almarhumah Datuk Patinggi Dr Hajjah Laila Taib di Demak Jaya,malam tadi.

Tun Abdul Taib dan Toh Puan terlebih dahulu menunaikan solat maghrib berjemaah sebelum menyertai Majlis Bacaan Surah Yassin dan Doa Selamat diikuti solat Isyak.

Tun Taib (empat kanan), Zohari (tiga dari kiri), bersama-sama membaca Surah Yassin yang dipimpin Mustapha Kamal (lima dari kanan).

Solat maghrib, Bacaan Surah Yassin dan doa Selamat dipimpin  Imam Besar Masjid Negeri Sarawak,Dato’ Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Selesai majlis tersebut Tun Abdul Taib dan Toh Puan berkenan meraikan jemputan majlis makan malam bersama tetamu yang hadir.

Majlis tersebut telah dihadiri lebih 500 orang jemputan dari anggota Majlis Agama Islam Sarawak, Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak, Pemimpin Masyarakat, Jabatan Mufti Sarawak, PERKIM, Lembaga Pelabuhan Kuching, Persatuan Pesara Kerajaan Sarawak, Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Kastam Sarawak, Jabatan Pertanian Sarawak, Institut Pendidikan Guru Batu Lintang, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pendidikan, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan Penduduk Kampung Demak Baru Fasa 1.

Hadir sama Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg