Laporan/foto: Jamil Zainul/Mohd Rafizi Rahman (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 1 Nov (UdaBayas) – Lebih 5000 pengunjung pelbagai bangsa hadir ke Karnival Kesenian, Kebudayaan dan Perpaduan sempena Sambutan Deepavali peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Perkarangan Pekan Rabu, di sini semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir melahirkan rasa bangga dengan rakyat berbilang bangsa berbeza agama hadir ke karnival yang diadakan sempena sambut Deepavali tidak lama lagi.

Mukhriz mengingatkan semua rakyat Malaysia berbilang kaum mesti bersatu bagi menolak sebarang anasir yang mampu memecah-belahkan perpaduan.

“Dengan mengamalkan hidup saling menghormati antara kaum di samping bersederhana dalam apa jua tindakan merupakan cara terbaik dalam memelihara perpaduan negara ini,” katanya ketika berucap merasmikan majlis.

Turut hadir, Penolong Pegawai Daerah Kuala Muda, Zul Zuraidy Othman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Simon Ooi Tze Min, ADUN Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee dan ADUN Suka Menanti, Zamri Yusuf.